Monday, May 12, 2014

UniMAP

Assalamualaikum, guys. Holla. Hihi. Untuk entry kali nie, nad nak story pasal UniMAP. Nad kan student UniMAP. Lagipon nad tak pernah story lagi pasal universiti yang tercinta nie. Kihkihkih. UniMAP atau nama penuhnya Universiti Malaysia Perlis. Terletak di negeri Perlis yang kecik molek tu. Ecehh. Dulu dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM). Kiranya dulu universiti nie macam kolej swasta sebelum dinaik taraf menjadi sebuah IPTA. Ditubuhkan pada tahun 2002. Masih baru la juga. Dalam 12 tahun macam tu. Sama umur dengan adik nad. Hihi.

Mesti ramai yang tertanya-tanya dan berkata "UniMAP? Kat Pahang, ek?", "UniMAP? Tak pernah tahu pon. Tak famous la tu". Actually, ramai yang selalu sangka UniMAP nie kat Pahang. Copp.. UMP (Universiti Malaysia Pahang) la yang kat Pahang. Nasib baik tak pernah lagi dengar orang cakap UniMAP nie kat Perak. Kalau tak, boleh nak ketuk kepala dia dengan tukul Thor tu. Just kidding. Hehe. UniMAP nie tak terkenal? UniMAP nie memang tak terkenal kat Malaysia sangat. Tak la selalu sangat masuk paper rasanya. Tapi UniMAP nie lebih terkenal kat luar negara. Tu kata naib canselor la.

Mesti ramai yang tertanya-tanya juga, apa keistimewaannya UniMAP nie berbanding IPTA yang lain. Dah la jauh kat hujung negara pula tu. Ehh.. jangan pandang sebelah mata tau. "Don't judge a book by it's cover" bak kata omputeh. UniMAP mesti la ada keistimewaan tersendiri yang menjadi tarikan students further study kat sini. Antara keistimewaannya ialah:

1- Terletak di negeri Perlis yang jauh dari segala kesesakan dan pencemaran macam kat bandar. So, aman sikit la hidup kat sini walaupon dalam serba sederhana.

2- Mempunyai kampus yang berterabur dan merata tempat dalam negeri Perlis. Seperti orang selalu kata "Perlis dalam UniMAP, bukannya UniMAP dalam Perlis". Sampaikan nad tak berapa hafal sangat kat mana terletaknya kampus yang lain. Kampus yang berterabur nie membolehkan nad pusing pusing satu Perlis. Hihi.

3- Main campus terletak kat Pauh. Kampus yang paling besar sekali daripada yang lain. Pauh ada beberapa buah bangunan school yang mempunyai pelbagai kemudahan, bengkel, dewan kuliah, kolej kediaman dan lain-lain lagi. School nad tumpang bangunan school yang lain kat Pauh sebab bangunannya tak siap lagi. Kompleks sukan pon dekat je dari main campus nie.

4- Mempunyai 2 buah library. Kat main campus dan Kangar. Kalau malas nak pergi library Pauh sebab jauh sikit, boleh datang ke library kat Kangar.

5- Pengangkutan utama kat sini ialah bas UniMAP. Kebanyakan pergerakan menggunakan bas memandangkan kampusnya berterabur. Pergi kelas, dewan exam, library dan lain-lain dengan menaiki bas. Melainkan kalau class dekat sangat kolej kediaman. Macam sem 2 nad yang lepas, kebanyakan class kat seberang kolej kediaman je. Jalan kaki je. Exercise sikit.

6- Kolej kediaman disediakan sampai la sem kedua terakhir. Sebab sem terakhir tu merupakan latihan industri (praktikal). Kalau kebanyakan universiti lain, masuk tahun kedua dah kena cari rumah sewa. Penginapan tak disediakan. Tapi tak di UniMAP. Maybe sebab Perlis tak ada banyak rumah sangat dan kampus UniMAP nie berterabur kot. Agak menyusahkan la kalau tinggal kat luar. Public transport tak ada kat sini. Tempat tinggal pula bukan dalam bentuk dorm. Sama ada dalam bentuk rumah teres atau apartment. Kalau kolej kediaman nad, student perempuan tinggal dalam rumah teres 2 tingkat. Lelaki pula tinggal dalam apartment. Kalau kolej kediaman UniMAP yang lain, nad tak tau la. Sebab kolej kediaman nad just untuk student diploma je.

Fuhh.. penat juga nad menaip nie. Tapi, tak apa la. Nak share information dengan korang. Apa la sangat. Lagi lagi kepada pelajar lepasan SPM atau calon SPM terutama bakal student UniMAP. Sebab sebelum nie, nad tak berapa tahu sangat pasal UniMAP nie. Dah jadi student, baru tahu. Tu pon sebelum register tahun lepas, abah yang carikan info pasal U nie. Teruk betul perangai. Hihi. And fyi juga, course yang ditawarkan untuk diploma hanya course engineering je. Electrical system, Computer, Microelectronic, Metallurgical, Mechatronic dan Manufacturing Engineering. Untuk degree ada juga course selain engineering. Tapi, nad tak ingat la sebab banyak sangat.

Dah setahun nad merantau kat sana seorang diri. Means, hanya nad seorang je wakil dari sekolah nad yang further study kat sini. Mula-mula tu terasa payah sikit nak sesuaikan diri dengan suasana kat sini. First time berjauhan dengan family. Ada la culture shock sikit. Biasa la, adat kehidupan ada jatuh bangunnya. Lama-lama tu dah ok sikit. Rasa macam selesa sangat stay kat sini. Btw, kepada sesiapa yang dah dapat result UPU tu, nad ucapkan tahniah dan all the best. Belajar elok elok. Kepada yang tak berjaya tu, jangan bersedih. Maybe tak ada rezeki lagi. Tak semestinya tak dapat further study, tak boleh berjaya dalam hidup. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dan kepada bakal mahasiswa mahasiswi UniMAP sesi 2014/2015, selamat datang ke UniMAP. Dah masuk tu, cari je la nad kalau ada apa-apa. Cehh. In shaa Allah. Nad akan sedia membantu anda. Tu pon kalau mood garang nad tak ada la. Ehh.. Hehe. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal U nie, boleh cari kat laman web UniMAP. Sebab nad bukannya tahu sangat. Sikit sikit je. Hee


Serba sedikit fakta pasal UniMaP. Nie pon nad tak berapa hafal sangat. Haisshh.. Buat malu je. Nasib baik nad bukan PPMS, MPKK atau MPP. Hehe

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Thanks for reading. Please drop your comment here. Harsh and dirty words are strictly prohibited.