Tuesday, May 6, 2014

Proud To Be Ex-SAMERian. #PrayForSAMER

Assalamualaikum. Dah lama tak membebel kat sini. Takut kalau nad update blog selalu sangat, nanti ada orang menyampah la pula *flip hair*. Disebabkan nad tak boleh nak tidur lagi, so nad menulis la entry untuk kali nie.

Maybe nad tak boleh tidur disebabkan terlampau fikirkan seseorang. Fikirkan dia. Fikirkan bagaimana agaknya kehidupan dia di sana. Fikirkan dia yang mungkin akan dibicarakan di mahkamah siang nanti. Walaupun tak pernah kenal dan bersua muka, tapi dia tetap junior nad. Junior yang pada pendapat nad seorang yang tabah untuk menghadapi ujian Allah pada usianya sebegini. Bila dapat tahu yang mereka semua berusaha menyokong dia, nad rasa yang semua orang tahu yang dia benar benar tak bersalah. Bila baca kat group whatsapp tentang dia, hanya Allah yang tahu betapa sedih dan terharunya nad dengan keadaan dia. Dia benar benar tabah. Sesuai benar dengan namanya tu.

Bayangkan pada usia yang sebegitu, dia dah mengalami pelbagai dugaan dalam sekelip mata je. Tetapi, nad masih ingat yang "Allah takkan menguji seseorang tu melebihi kemampuannya". Kehidupannya di sana dipenuhi dengan membaca Al-Quran, berqiamullail dan melakukan amal ibadah yang lain. Allahu. Sampaikan orang yang berpeluang melihatnya berasa terharu dan tak sanggup melihat keadaannya tu. Jika berlaku pada kita, kebanyakannya akan menangis, meraung dan memberontak. Tapi, dia sebaliknya. Seolah-olah dia tenang dan redha dengan apa yang berlaku.

Kepada semua orang yang mengutuk, memberikan komen yang negatif dan spekulasi, nad harap hentikanlah perbuatan tu dengan segera. Budak sekolah agama bukannya malaikat. Kami bukannya maksum. Sesiapa yang berkata "Harap je budak sekolah agama, tapi macam tak belajar agama" pada pendapat nad, anda terlampau kurang ajar. Sebab anda seolah-olah menghina kami. Anda menghukum kami tanpa mengetahui keadaan sebenarnya. Bukannya nak cakap yang nad nie tahu sangat, tapi sekurang-kurangnya nad pernah rasa menjadi budak sekolah agama. Walaupun pada awalnya, nad tak berapa nak rela masuk sekolah agama dan nad bukannya baik sangat. Sekurang-kurangnya nad dapat la juga sedikit didikan agama tu. Maybe budak sekolah agama tak la semuanya alim dan baik, tapi lama kelamaan dia akan teringat ajaran agama yang diajar di sekolah dan membuatkan dia berubah suatu hari nanti. Hidayah itu milik Allah. Kalau dia tak berubah apabila belajar di sekolah agama, mungkin dia akan berubah apabila dia melangkah keluar dari sekolah tu nanti.

Sekolah hanya membentuk, yang mencorakkannya adalah diri sendiri. So, tak boleh salahkan pihak sekolah sepenuhnya. Nad yakin pihak sekolah dah berusaha sedaya upaya memberikan didikan agama yang terbaik untuk pelajarnya. Cuma kadangkala kita tak sedar yang kita nie dah leka dan lalai untuk mengamalkan apa yang dipelajari. Kerana kita hanya manusia biasa yang penuh dengan kekhilafan. Sepanjang tempoh 5 tahun nad berada kat sana, sudah cukup buat nad dapat membezakan antara yang halal dan haram dan membuatkan nad berusaha menjadi lebih baik. Tarbiyah di sana sangat berharga. Tak boleh didapati di luar. Kalau nak, kena berusaha mencarinya sendiri di luar sana. Kalau masa boleh berputar kembali, nad nak kembali belajar kat sana. Mendapat tarbiyah dari ustaz ustazah. Tabah dan bersabarlah wahai warga SAMER dan 'M'. Sesungguhnya Allah itu maha Adil. In shaa Allah. Allah akan memakbulkan doa kalian semua. Kami sentiasa mendoakan untuk kalian semua.Innallah ma'ana. Al-Fatihah for arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Pray for 'M'. Proud to be ex-SAMERian.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Thanks for reading. Please drop your comment here. Harsh and dirty words are strictly prohibited.