Thursday, June 12, 2014

All Of Me



What would I do without your smart mouth
Drawing me in, and you kicking me out
Got my head spinning, no kidding, I can’t pin you down
What’s going on in that beautiful mind
I’m on your magical mystery ride
And I’m so dizzy, don’t know what hit me, but I’ll be alright

My head’s under water
But I’m breathing fine
You’re crazy and I’m out of my mind

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
'Cause I give you all, all of me
And you give me all, all of you

How many times do I have to tell you
Even when you’re crying you’re beautiful too
The world is beating you down, I’m around through every move
You’re my downfall, you’re my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can’t stop singing, it’s ringing, in my head for you

My head’s under water
But I’m breathing fine
You’re crazy and I’m out of my mind

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
'Cause I give you all of me
And you give me all, all of you
Give me all of you

Cards on the table, we’re both showing hearts
Risking it all, though it’s hard

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you

I give you all, all of me
And you give me all, all of you

*If I remember you, that doesn't mean that I miss you*

Saturday, May 24, 2014

Happy Birthday, My King ♥

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Hari nie 24Mei 2014. One of the precious date in my life. Guess what?? Hari nie merupakan birthday king kesayangan. Happy birthday to you... happy birthday to you... happy birthday to abah... happy birthday to you... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan abah tersayang... Allah selamatkan kamu... Yeayy!! Sanah helwah yang ke tutt... tutt... abah *haishh... mana boleh beritahu yang ke berapa. Rahsia lorr*. Hikhik. May Allah bless you always. In shaa Allah. Abah, cepat balik tau. Tak sabar nak wish face to face kat abah. Hehe. Stay handsome, healthy and tough ye. Hihi. Stay sweet muwit dengan mama tau. Hahaha.

Terima kasih sebab bersusah payah besarkan kami semua lagi lagi orang yang tengah menaip nie. Hihi. Terima kasih sebab sabar melayan kerenah kami terutama kakak. Kakak tahu kakak banyak menyusahkan abah. Tapi abah tak pernah cakap dan mengungkit pun. Tak tahu kenapa. Terima kasih sebab menjaga makan minum dan pakaian kakak selama nie. Terima kasih sebab tak jemu melayan kerenah kakak yang agak fussy, nakal dan ganas nie. Uhukss... Terima kasih sebab sentiasa berikan kata-kata semangat bila kakak rasa down dan jatuh terduduk. Terima kasih kerana sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk kakak.

Bila kakak minta duit, abah tak pernah beritahu sama ada abah ada duit atau tak. Yang abah tahu, abah kena beri kakak duit. Terharu la juga. Sebab kakak tahu abah bersusah payah mencari rezeki untuk beri kami sesuap nasi. Maafkan kakak sebab pernah kecewakan abah dulu. Tu pun mama yang beritahu yang abah kecewa sangat dengan kakak. Tapi abah sikit pun tak tunjuk yang abah kecewa dengan kakak. Terima kasih untuk segalanya, abah. Jasa abah tak mampu kakak balas kesemuanya. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan abah untuk kakak. Kakak sayang sangat dengan abah. I love you so much for my entire life. Syukran jazilan ala kulli hal. Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani saghira. Amin. Fi hifzillah :')

Friday, May 23, 2014

Kuasa Doa

Assalamualaikum. Holla, guys. Entah kenapa la sejak akhir-akhir nie semangat untuk menaip semakin membuak-buak. Semakin ditahan, lain pula yang jadinya. So, just go on with that intention. Karang tak memasal tak boleh menaip pula nanti. Hilang habis idea tu. Di mana kan ku cari ganti serupa denganmu... *Opss... ternyanyi la pula. Maaf*. Hehe.

Masuk sem 3 nanti dah tak boleh nak menaip selalu. Mana taknya busy memanjang. Sampai tak menang tangan manage masa. Assignment berlambak dengan kuiz, tutorial, lab dan testnya lagi. Ermm. Apa yang nad nak cerita kali nie?? Cer teka. Cer teka. Siapa dapat teka, sila angkat tangan macam saya *tiru gaya tangan usop wilcha*. Lol. Haha

Pernah tak korang rasa yang korang hanya dapat mampu lakukan sesuatu tu ala kadar je tapi tak seperti yang dijangkakan. Means hasilnya lebih baik dari yang disangka. Mesti pernah kan?? Nad pun selalu rasa macam tu. Selalu rasa yang nad buat sesuatu cincai je, tapi hasilnya gempak la juga. Mesti rasa terkejut kan. Well. Siapa je yang tak terkejut kan *tanjat boboy*.

Contohnya, time exam kita rasa kita tak dapat lakukan yang terbaik tapi hasilnya agak mengagumkan. Ditambah pula dengan keadaan kita waktu sit for that exam. Dengan rasa tertekan dan nervousnya. Dengan rasa tak berapa sihat semacam. But, Alhamdulillah nasib kita baik masa tu. Nad selalu alami situasi macam tu. Pernah la juga masa exam English, tetiba tak ada idea nak buat essay. Penat la juga memerah otak nie. Tapi kosong je. Macam memori dalam otak nie kena format je. Huhu.
Otak tu dah jadi apa dah. Berusaha juga merangka ayat sambil translate ayat tu. Fikir banyak kali sebelum menulis. Maklum la, kena pertimbangkan idea tu relevan dengan soalan ke tak. Tetiba otak kena buat kerja 2 in 1. Cari idea sambil ambil alih tugas google translate. Memang tak berpeluh la masa tu. Hanya Allah je tahu betapa gelabah dan 'clumsy'nya nad masa tu. Masa dah la tinggal tak banyak lagi.
Then, dengan keizinan Allah tetiba je nad dah boleh menulis. Macam tak ada masalah pula tu. Idea datang mencurah-curah macam air terjun. Dari satu huruf ke huruf lain. Dari satu perkataan ke perkataan lain. Dari satu baris ke baris lain dan menjadi beberapa buah perenggan. Smooth je bila menulis. Padahal tangan tu dah berpeluh. Bila dah habis menulis dan tengok balik essay tu dan "Wow!! Betul ke aku yang tulis semua nie?". Tolak tepi kesalahan grammar dan isi essay. Dah masa tinggal sikit je lagi. Janji sempat siap walaupun tak seberapa. Alhamdulillah.

Bila tengok result, Alhamdulillah tak seperti yang dijangkakan. Agak memuaskan walaupun bukan la yang terbaik dan cemerlang. But it's ok for me. Bila Allah inginkan sesuatu tu berlaku, hanya perlu berkata "Kun fayakun". Tiada siapa yang boleh menghalang. Maybe tu berkat doa. Doa ibu bapa, keluarga, sahabat dan tenaga pengajar. Kekadang nad hairan sebab ada orang lebih terkejar-kejar nak mulakan menjawab masa exam sehingga terlupa untuk berdoa. Biar la kita terlewat menjawab, yang penting berdoa la terlebih dahulu. Mohon agar Allah permudahkan urusan kita.

Mana tahu masa menjawab tu, kita mengalami kesukaran untuk menjawab. Sebab teacher nad pernah cerita yang dia pernah sit for exam tanpa preparation yang cukup tapi sebelum menjawab setiap soalan even soalan anak anak tu, dia akan baca Bismillah sebelum menulis. Dan hasilnya agak memuaskan la. Tu yang nad amalkan sekarang. Tiada siapa boleh menidakkan kuasa sebuah doa. Lagi lagi doa ibu lebih makbul berbanding yang lain. Doa kan senjata orang mukmin. Doa secara rahsia itu lebih manis. Yang penting, kita hanya mampu berusaha yang selebihnya kita tawakkal kepada Allah.

Thursday, May 22, 2014

Harapan. Mengharap

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Kita dapat bertemu kembali *bertemu la sangat nad oii* Hikhik. Mula-mula macam tak ada idea dan mood nak menaip. Ditambah pula dengan sakit kepala sikit. Tapi bak kata orang "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan". Elehh... ye la tu nad nie. Hee.. Bila dengar lagu Jodoh Berdua, tetiba ada idea sikit nak menaip *layan lagu kejap*. Terima kasih sangat kepada Hafiz Hamidun kerana telah memberi nad idea untuk menaip *ecehh... macam la dia tu tahu. Do I care??* Lol

Seperti tajuk kat atas, mesti macam-macam yang terlintas di fikiran korang bila membacanya. Same goes to me. Apa la nad nak membebel kali nie. Relax and chill, ok. Tarik nafas dulu. Fuhh... Here we go. Dalam life kita, kita mesti dikelilngi dengan ramai orang kan. Tak kira la sama ada family, kawan, orang kesayangan, society dan sebagai. Manusia datang dan pergi dalam hidup kita. Pernah tak kita terfikir yang bagaimana hidup kita tanpa seseorang?? Means tanpa seseorang yang kita selalu bergantung harapan. Mesti kita tak mampu dan tak nak bayangkan bagaimana agaknya tanpa mereka kan. Dari situ, tetiba dijentik rasa takut. Takut kepada kehilangan. Kita sangka kita macam boleh mati la kalau tanpa mereka.

Well, actually perasaan takut akan kehilangan tu normal. Menjadi lumrah dalam diri manusia. Perasaan tu tak salah. Yang salah cumanya kita terlalu berharap kepada mereka sedangkan Allah sentiasa bersedia menjadi tempat untuk kita berharap. Kita juga terlupa yang Allah berkuasa untuk mematikan mereka. Allah mempunyai perancangan yang jauh lebih baik dan indah untuk kita. Tapi kita duk sibuk sibuk jaga hubungan kita dengan mereka dan hargai mereka tapi kita seringkali mengabaikan Allah. Kita juga duk sibuk sibuk menghargai mereka yang belum tentu akan selalu ada untuk kita tapi kita mengabaikan dan lupa mnghargai Allah yang akan selalu ada untuk kita. Memang la kita perlu menghargai mereka sebelum mereka pergi, tapi berpada-pada la. Jangan la sampai lupakan yang kita masih ada Allah yang selalu bersama kita.

Cuba bayangkan. Apabila kita bersendirian. Jatuh buk gedebukk berseorangan. Apabila orang yang kita harapkan dah tiada pergi meninggalkan kita atau menjauhkan diri dari kita. Siapa lagi yang kita ada untuk mengadu dan bergantung harap? Maybe ada yang berkata "Alaa... cari la orang lain yang masih ada untuk kita". Tu memang betulkan. Tak dinafikan lagi. Tapi sampai bila?? Tak semua orang akan melayan kita sebaik mungkin. Misal kata la. Korang mengadu masalah korang kat si A dan B. Tapi mereka mungkin akan memberi respons yang berlainan. Si A mungkin akan mendengar sahaja tapi si B akan mendengar dan memberi pendapat. Tapi kadangkala setelah mengadu kepada mereka, kita tak rasa tenang. Kadangkala kita akan rasa resah gelisah. Padahal beban yang ditanggung dah berkurangan.

Nad nak sampaikan yang kita boleh berharap kepada manusia, tapi sebaik-baiknya kita berharap kepada Allah terlebih dahulu. Sebab Allah ialah sebaik-baik tempat bergantung. Berusaha mendekatkan diri kepada DIA. In shaa Allah. Kita akan rasa tenang. Kita akan lebih redha dengan apa yang berlaku selepas tu. Kalau kita terlampau berharap dan bergantung kepada manusia dan tak dapat seperti yang dijangkakan, maka berlaku la 'frust menonggeng' dan meroyan tak tentu pasal sampaikan boleh terdorong untuk membunuh diri.

Astaghfirullah. Tu la yang akan terjadi bila kita tak percaya dengan qada' dan qadar yang telah ditentukan. Iman kita pula akan semakin menipis. Selitkan walapun sedikit pergantungan dan harapan tu kepada Allah. Yakin yang Allah pasti telah mengatur sesuatu yang lebih indah dan tak dapat dijangkakan untuk kita. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Hidup mesti diteruskan walaupun tanpa mereka yang kita harapkan tu. Dugaan tu bukan untuk melemahkan kita tapi untuk menguatkan kita. Kita hanya mampu merancang. Yang menentukannya tu kerja Allah. Ma qaddarallah khair. Perancangan Allah baik baik belaka. Have faith. Take care of your iman. Fi hifzillah ;)



Friday, May 16, 2014

16 Mei

Assalamualaikum. Nad in the house yoo.. Hikhik. Hari nie 16 Mei. Tahu tak hari nie hari apa? Apa?? Tak tahu? Tak ingat? Ok, meh sini nad nak beritahu. Hari nie sebenarnya hari guru. "Alaa.. Hari guru je pon. Bukannya penting sangat". Ehh.. Wait!! Pernah belajar kan? Kalau belajar, siapa yang ajar? Guru kan? So, hari guru nie penting la juga walaupon tak dicatat dalam kalendar.

Lagipon tanpa guru, kita takkan boleh dapat ilmu seperti sekarang nie. Memang la ilmu boleh dicari dimana-mana sahaja. Tapi, salah satunya daripada guru. Panggilan 'cikgu', 'teacher', 'ustaz', 'ustazah', 'madam', 'sir', 'muallim', 'muallimah' dan lain-lain lagi memang sinonim dengan guru. Tanpa mereka, kita mungkin tak dapat mengenal abc, 123, alif ba ta, membaca, menulis, mengira dan sebagainya.

Setiap orang mesti ada kenangan yang tak boleh dilupakan pada zaman persekolahan. Well, same goes to me. Walaupon nad dah tinggalkan zaman persekolahan hampir 2 tahun, tapi kenangan zaman tu masih segar dalam kotak ingatan lagi. Lagipon dalam banyak zaman, bagi nad zaman persekolahan yang paling best. Zaman yang penuh dengan warna-warni, suka duka dan jatuh bangun. Nad nak story la sikit kenangan zaman persekolahan nad dulu. Maybe tak seunik kenangan korang. Tapi, tak apa la. Waktu zaman persekolahan dulu, nad nie agak nakal la juga. Sebab ada geng yang gila-gila sikit. Hihi. Senakal-nakal kitorang, tak pernah lagi kantoi sampai kena masuk dalam bilik disiplin. Ada hikmah kenapa tak pernah masuk bilik disiplin tu. Hee...

Dari form 1 sampai form 5, nad belajar kat SAMER. Bumi yang penuh dengan tarbiyah. Tapi, nad macam manusia biasa juga. Tak lari daripada melakukan kekhilafan. Nad pernah kena cubit dengan pengetua sebab tidur dalam kelas waktu subjek science. Waktu tu tak minat science sangat. Last last masuk kelas sains juga. Nad dulu pelajar luar atau outsider memandangkan rumah nad dekat dari sekolah. Dekat sangat sampai boleh nampak sekolah atas bukit tu dari rumah. Tak perlu tinggal kat hostel. Kalau outsider, mesti terkenal dengan gejala ponteng nie. Nad akui yang nad pernah ponteng. Nad pernah lari (fly) dan ponteng aktiviti koko. Malas nak pergi koko punya pasal. Pernah lalu depan ustazah lagi tu masa nak larikan diri melalui pintu belakang sekolah. Hehe.

Nad pernah juga ponteng kelas. Lari dari masuk kelas. Sengaja dengan selambanya masuk lambat. Pernah naik ke blok lambat melebihi waktu rehat. Tu biasa la. Nasib baik tak pernah kena tahan dengan pengawas memandangkan pengawas tu junior nad. Aura senior yang kuat kot. Hahaha. Pernah juga turun rehat awal. Gara-gara lapar sangat. Selamba je beli makanan kat kantin. Bila ustaz/ustazah tak ada dalam kelas, kadang-kadang tu pergi keluar merayap tawaf satu sekolah atau pergi melepak kat mana-mana je. Kadang-kadang tu keluar kelas tanpa pakai pas. Nasib baik tak terjumpa ustaz Rizal merangkap guru disiplin. Nad pernah juga ponteng solat berjemaah dan tazkirah semasa solat jemaah. Solat berjemaah tu wajib dilakukan sebelum balik ke rumah atau hostel selepas tamat waktu persekolahan. Betapa jahilnya nad masa tu. Pihak sekolah nak beri tarbiyah, tapi nad boleh tak nak ikut pula. Allahu.... :'(

Nad pernah la kena denda bagai waktu zaman persekolahan dulu. Nad pernah kena denda ketuk ketampi 100 kali dari ustazah Rafidah berjemaah dengan classmates sebab tak siapkan homework. Esoknya jalan macam nenek kebayan. Sakit woo.. Asyik mengaduh kesakitan je. Tegang urat dan otot dibuatnya.Pernah kena conteng muka dengan ustaz Azri sebab tak siapkan nota Sejarah. Dah macam buku mewarna je. Macam badut sarkas pon ada. Haha. Pernah kena denda pembetulan 100 kali untuk satu soalan tu je sebab nad salah kat soalan yang tak logik salah. Pernah kena denda 40 kali pembetulan untuk soalan Physics. Tu pon teacher nak kitorang boleh ingat jawapan tu. Lepas dah siap pembetulan tu, habis lembik dan melecet jari nad nie. Ye la, tulisan nad kan bulat bulat dan besar gedabak. Hihi. Sampaikan teacher Nani pernah kata "Tulisan awak nie macam komputer je. Bila print, tak payah pakai kanta pembesar". Hikhik. Bawak dan seludup masuk benda haram kat sekolah tu dah menjadi lumrah. Well, outsider la katakan.

Bila teringat balik kenangan semua nie, tetiba terasa rindu pula nak belajar balik kat sekolah. Nak pakai uniform sekolah yang dulunya nad benci tu. Nak dengar suara ustaz ustazah. Nak dengar ucapan tenaga pengajar masa perhimpunan. Rindu suasana dan riuh-rendah dalam kelas. Memandangkan nad suka memekak dalam kelas dulu. Mentang-mentang la suara tu kuat. Cakap sikit je, boleh pekak orang lain. Hahaha. Dan of course la rindu nak menatap wajah-wajah warga SAMER yang tercinta. Ecehh...

Ok la. Cukup setakat sini je. Dah penat menaip dan membebel nie. Memandangkan hari nie hari guru, nad nak ucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua warga Tadika Al-Irdiah, SK Seri Murni, Kafa Intergrasi Ummul Qura, SK Rawang, Kafa Intergrasi Al-Hidayah, SAM Rawang dan juga UniMAP. *Ehh.. lecturer pon guru juga kan*. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup kalian semua. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua tu. Nad akan kenang kalian semua dalam doa nad. Jasamu akan dikenang sepanjang hayat. In shaa Allah. Syukran jazilan. Jazakumullahu khair. Fi hifzillah.

Hanafian 2011/2012

Sambutan Maulidur Rasul yang terakhir di SAMER

Monday, May 12, 2014

UniMAP

Assalamualaikum, guys. Holla. Hihi. Untuk entry kali nie, nad nak story pasal UniMAP. Nad kan student UniMAP. Lagipon nad tak pernah story lagi pasal universiti yang tercinta nie. Kihkihkih. UniMAP atau nama penuhnya Universiti Malaysia Perlis. Terletak di negeri Perlis yang kecik molek tu. Ecehh. Dulu dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM). Kiranya dulu universiti nie macam kolej swasta sebelum dinaik taraf menjadi sebuah IPTA. Ditubuhkan pada tahun 2002. Masih baru la juga. Dalam 12 tahun macam tu. Sama umur dengan adik nad. Hihi.

Mesti ramai yang tertanya-tanya dan berkata "UniMAP? Kat Pahang, ek?", "UniMAP? Tak pernah tahu pon. Tak famous la tu". Actually, ramai yang selalu sangka UniMAP nie kat Pahang. Copp.. UMP (Universiti Malaysia Pahang) la yang kat Pahang. Nasib baik tak pernah lagi dengar orang cakap UniMAP nie kat Perak. Kalau tak, boleh nak ketuk kepala dia dengan tukul Thor tu. Just kidding. Hehe. UniMAP nie tak terkenal? UniMAP nie memang tak terkenal kat Malaysia sangat. Tak la selalu sangat masuk paper rasanya. Tapi UniMAP nie lebih terkenal kat luar negara. Tu kata naib canselor la.

Mesti ramai yang tertanya-tanya juga, apa keistimewaannya UniMAP nie berbanding IPTA yang lain. Dah la jauh kat hujung negara pula tu. Ehh.. jangan pandang sebelah mata tau. "Don't judge a book by it's cover" bak kata omputeh. UniMAP mesti la ada keistimewaan tersendiri yang menjadi tarikan students further study kat sini. Antara keistimewaannya ialah:

1- Terletak di negeri Perlis yang jauh dari segala kesesakan dan pencemaran macam kat bandar. So, aman sikit la hidup kat sini walaupon dalam serba sederhana.

2- Mempunyai kampus yang berterabur dan merata tempat dalam negeri Perlis. Seperti orang selalu kata "Perlis dalam UniMAP, bukannya UniMAP dalam Perlis". Sampaikan nad tak berapa hafal sangat kat mana terletaknya kampus yang lain. Kampus yang berterabur nie membolehkan nad pusing pusing satu Perlis. Hihi.

3- Main campus terletak kat Pauh. Kampus yang paling besar sekali daripada yang lain. Pauh ada beberapa buah bangunan school yang mempunyai pelbagai kemudahan, bengkel, dewan kuliah, kolej kediaman dan lain-lain lagi. School nad tumpang bangunan school yang lain kat Pauh sebab bangunannya tak siap lagi. Kompleks sukan pon dekat je dari main campus nie.

4- Mempunyai 2 buah library. Kat main campus dan Kangar. Kalau malas nak pergi library Pauh sebab jauh sikit, boleh datang ke library kat Kangar.

5- Pengangkutan utama kat sini ialah bas UniMAP. Kebanyakan pergerakan menggunakan bas memandangkan kampusnya berterabur. Pergi kelas, dewan exam, library dan lain-lain dengan menaiki bas. Melainkan kalau class dekat sangat kolej kediaman. Macam sem 2 nad yang lepas, kebanyakan class kat seberang kolej kediaman je. Jalan kaki je. Exercise sikit.

6- Kolej kediaman disediakan sampai la sem kedua terakhir. Sebab sem terakhir tu merupakan latihan industri (praktikal). Kalau kebanyakan universiti lain, masuk tahun kedua dah kena cari rumah sewa. Penginapan tak disediakan. Tapi tak di UniMAP. Maybe sebab Perlis tak ada banyak rumah sangat dan kampus UniMAP nie berterabur kot. Agak menyusahkan la kalau tinggal kat luar. Public transport tak ada kat sini. Tempat tinggal pula bukan dalam bentuk dorm. Sama ada dalam bentuk rumah teres atau apartment. Kalau kolej kediaman nad, student perempuan tinggal dalam rumah teres 2 tingkat. Lelaki pula tinggal dalam apartment. Kalau kolej kediaman UniMAP yang lain, nad tak tau la. Sebab kolej kediaman nad just untuk student diploma je.

Fuhh.. penat juga nad menaip nie. Tapi, tak apa la. Nak share information dengan korang. Apa la sangat. Lagi lagi kepada pelajar lepasan SPM atau calon SPM terutama bakal student UniMAP. Sebab sebelum nie, nad tak berapa tahu sangat pasal UniMAP nie. Dah jadi student, baru tahu. Tu pon sebelum register tahun lepas, abah yang carikan info pasal U nie. Teruk betul perangai. Hihi. And fyi juga, course yang ditawarkan untuk diploma hanya course engineering je. Electrical system, Computer, Microelectronic, Metallurgical, Mechatronic dan Manufacturing Engineering. Untuk degree ada juga course selain engineering. Tapi, nad tak ingat la sebab banyak sangat.

Dah setahun nad merantau kat sana seorang diri. Means, hanya nad seorang je wakil dari sekolah nad yang further study kat sini. Mula-mula tu terasa payah sikit nak sesuaikan diri dengan suasana kat sini. First time berjauhan dengan family. Ada la culture shock sikit. Biasa la, adat kehidupan ada jatuh bangunnya. Lama-lama tu dah ok sikit. Rasa macam selesa sangat stay kat sini. Btw, kepada sesiapa yang dah dapat result UPU tu, nad ucapkan tahniah dan all the best. Belajar elok elok. Kepada yang tak berjaya tu, jangan bersedih. Maybe tak ada rezeki lagi. Tak semestinya tak dapat further study, tak boleh berjaya dalam hidup. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dan kepada bakal mahasiswa mahasiswi UniMAP sesi 2014/2015, selamat datang ke UniMAP. Dah masuk tu, cari je la nad kalau ada apa-apa. Cehh. In shaa Allah. Nad akan sedia membantu anda. Tu pon kalau mood garang nad tak ada la. Ehh.. Hehe. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal U nie, boleh cari kat laman web UniMAP. Sebab nad bukannya tahu sangat. Sikit sikit je. Hee


Serba sedikit fakta pasal UniMaP. Nie pon nad tak berapa hafal sangat. Haisshh.. Buat malu je. Nasib baik nad bukan PPMS, MPKK atau MPP. Hehe

Sunday, May 11, 2014

Kerinduan :')

Assalamualaikum. Sesi luahan hati kejap. Tak tahan la agaknya. Huwaa. Rindu dengan mereka. Rindu ahli kkf 62 dan 53. Rindu nak memekak ramai ramai. Rindu nak menyakat dan membahan berjemaah *part nie favourite nad*. Rindu nak psycho si minah penggeli aina henna tu. Wakaka. Rindu nak dengar mereka cakap "Nad, tolong tu. Tolong nie. Bla bla bla...". Rindu nak keluar makan berjemaah. Rindu nak dengar mereka pujuk "Nad, tolong habiskan. Mak kau kan kata tak baik membazir nie". Nad la yang jadi mangsanya. Dah macam alam flora. Mereka makin kurus. Tapi nad makin chubby pula. Tak aci, weyy. Rindu nak tengok movie berjemaah ala-ala panggung wayang. Rindu nak study berjemaah sampai tak hairan bila rumah tu macam kapal titanic yang nak karam. Muahaha. Rindu nak dengar mereka panggil "Nad donat" dan "Nad tab". Rindu nak dengar mereka membebel dan kata "Tak habis habis dengan 'ecehh poyo je' kau tu". Hahaha. That's my tagline, ok. Hee

Tak terlupa juga, rindu dengan classmate. Rindu nak pergi class sama-sama. Rindu nak datang class lambat sama-sama *Jangan tiru perangai tak senonoh nie*. Hehe. Rindu nak study kat library sama-sama. Rindu nak buat assignment sama-sama. Rindu nak masuk dewan final sama-sama *Nie tipu, ok. Dewan final tiada dalam list*. Rindu nak dengar classmate lelaki mengejek dan panggil nad "Pepero" dan "penpensel". Boleh masuk carta nie. Dah 2 sem still mengejek nad je. Of course la malu tapi tebalkan muka je la. Mula-mula tu, marah la juga. Lama kelamaan dah biasa dan lali sangat. Korang bukannya nak dengar kata. Dah marah dalam pelbagai cara, tapi still buat juga. Haihh. Lagi best ada mamat nie pernah cakap "Aku ejek kau sebab aku tahu yang kau tak kisah". Nad kisah tapi nak buat macam mana, degil sangat. Suka hati korang la. Asalkan koran bahagia. Wahaha. Nasib baik perkara macam nie pernah terjadi waktu zaman persekolahan dulu. So, dah biasa sangat. Kalau sehari korang tak menyakat nad, terasa kosong la pula hidup nie. Hihi. Sunyi sikit. Tak ada suara sumbang. Tak ada halwa telinga. Hahaha

Tak sabar sangat nak jumpa korang bila buka sem nanti. Tak sabar nak bercerita dengan korang macam mak jemah. Haha. Tak sabar nak jalani kehidupan dengan korang lagi. Kehidupan yang penuh warna-warni macam pelangi. Nad akui la tanpa korang semua, nad takkan rasa bahagia stay kat bumi Perlis. Frankly speaking, you guys already bring happiness in my life at there. Thanks so much. Really appreciate it.

Short vacation at Langkawi

Selfie time

Steamboat dinner

Jalan -jalan sekitar Perlis

Classmates. Sebahagian je nie

Lab programming time

Tuesday, May 6, 2014

Proud To Be Ex-SAMERian. #PrayForSAMER

Assalamualaikum. Dah lama tak membebel kat sini. Takut kalau nad update blog selalu sangat, nanti ada orang menyampah la pula *flip hair*. Disebabkan nad tak boleh nak tidur lagi, so nad menulis la entry untuk kali nie.

Maybe nad tak boleh tidur disebabkan terlampau fikirkan seseorang. Fikirkan dia. Fikirkan bagaimana agaknya kehidupan dia di sana. Fikirkan dia yang mungkin akan dibicarakan di mahkamah siang nanti. Walaupun tak pernah kenal dan bersua muka, tapi dia tetap junior nad. Junior yang pada pendapat nad seorang yang tabah untuk menghadapi ujian Allah pada usianya sebegini. Bila dapat tahu yang mereka semua berusaha menyokong dia, nad rasa yang semua orang tahu yang dia benar benar tak bersalah. Bila baca kat group whatsapp tentang dia, hanya Allah yang tahu betapa sedih dan terharunya nad dengan keadaan dia. Dia benar benar tabah. Sesuai benar dengan namanya tu.

Bayangkan pada usia yang sebegitu, dia dah mengalami pelbagai dugaan dalam sekelip mata je. Tetapi, nad masih ingat yang "Allah takkan menguji seseorang tu melebihi kemampuannya". Kehidupannya di sana dipenuhi dengan membaca Al-Quran, berqiamullail dan melakukan amal ibadah yang lain. Allahu. Sampaikan orang yang berpeluang melihatnya berasa terharu dan tak sanggup melihat keadaannya tu. Jika berlaku pada kita, kebanyakannya akan menangis, meraung dan memberontak. Tapi, dia sebaliknya. Seolah-olah dia tenang dan redha dengan apa yang berlaku.

Kepada semua orang yang mengutuk, memberikan komen yang negatif dan spekulasi, nad harap hentikanlah perbuatan tu dengan segera. Budak sekolah agama bukannya malaikat. Kami bukannya maksum. Sesiapa yang berkata "Harap je budak sekolah agama, tapi macam tak belajar agama" pada pendapat nad, anda terlampau kurang ajar. Sebab anda seolah-olah menghina kami. Anda menghukum kami tanpa mengetahui keadaan sebenarnya. Bukannya nak cakap yang nad nie tahu sangat, tapi sekurang-kurangnya nad pernah rasa menjadi budak sekolah agama. Walaupun pada awalnya, nad tak berapa nak rela masuk sekolah agama dan nad bukannya baik sangat. Sekurang-kurangnya nad dapat la juga sedikit didikan agama tu. Maybe budak sekolah agama tak la semuanya alim dan baik, tapi lama kelamaan dia akan teringat ajaran agama yang diajar di sekolah dan membuatkan dia berubah suatu hari nanti. Hidayah itu milik Allah. Kalau dia tak berubah apabila belajar di sekolah agama, mungkin dia akan berubah apabila dia melangkah keluar dari sekolah tu nanti.

Sekolah hanya membentuk, yang mencorakkannya adalah diri sendiri. So, tak boleh salahkan pihak sekolah sepenuhnya. Nad yakin pihak sekolah dah berusaha sedaya upaya memberikan didikan agama yang terbaik untuk pelajarnya. Cuma kadangkala kita tak sedar yang kita nie dah leka dan lalai untuk mengamalkan apa yang dipelajari. Kerana kita hanya manusia biasa yang penuh dengan kekhilafan. Sepanjang tempoh 5 tahun nad berada kat sana, sudah cukup buat nad dapat membezakan antara yang halal dan haram dan membuatkan nad berusaha menjadi lebih baik. Tarbiyah di sana sangat berharga. Tak boleh didapati di luar. Kalau nak, kena berusaha mencarinya sendiri di luar sana. Kalau masa boleh berputar kembali, nad nak kembali belajar kat sana. Mendapat tarbiyah dari ustaz ustazah. Tabah dan bersabarlah wahai warga SAMER dan 'M'. Sesungguhnya Allah itu maha Adil. In shaa Allah. Allah akan memakbulkan doa kalian semua. Kami sentiasa mendoakan untuk kalian semua.Innallah ma'ana. Al-Fatihah for arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Pray for 'M'. Proud to be ex-SAMERian.

Monday, April 28, 2014

Alhamdulillah. Officially 19

Happy birthday to me!! Sanah helwah nafsi. See?? Hari nie 28 April kan?? So, hari nie genap 19 tahun nad hidup di muka bumi nie. Alhamdulillah. Masih dipinjamkan nyawa dan diberi kesempatan untuk bernafas lagi. Syukran jazilan, ya Allah. Umur semakin meningkat. Tapi tak terlupa juga yang ajal semakin dekat menghampiri.

Terima kasih kepada mama nad kerana telah melahirkan seorang puteri walaupun terpaksa menempuh pelbagai kesulitan. Terima kasih kepada abah kerana berusaha keras dengan segala kudratnya untuk membesarkan nad. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada mereka berdua yang telah membesarkan nad dengan penuh kasih sayang yang melimpah ruah sehingga sekarang nie. Dan terima kasih juga kepada sesiapa yang telah meng'wish' nad tadi. Semoga Allah memberi ganjaran kepada kalian. Jazakumullahu khair.

Apabila menginjak kepada umur yang baru nie, sudah semestinya nad ada harapan dan doa kepada diri sendiri. Kepada diri sendiri, semoga kamu tabah dan kuat untuk menghadapi segala ujian Allah. Ingatlah Allah selalu. Jagalah lidahmu yang kadang kala lebih tajam daripada mata parang. Berusahalah kamu untuk membahagiakan ibu bapa kamu. Jagalah peribadi dan akhlakmu. Teruskanlah berdoa untuk orang yang kamu sayangi itu. Semoga Allah permudahkan laluan kamu untuk menjadi insan yang lebih baik. Semoga Allah juga sentiasa melindungi dan memberkati hidup kamu. In shaa Allah.

Oleh sebab entry nie ditaip pada hari special nad, rasanya tak salah kalau nak katakan sesuatu kepada seseorang *itupon kalau dia baca entry nie*. Tak boleh?? Ehh. Suka hati la. Nie kan entry nad. Do I care? Just kidding. Hehe

For you, it's ok if you don't give a wish for me. At least, I know who am I  to you and I feel that I should forget you. Our memories are unforgettable. It's so awesome. Full of sweet and bitter. Our first time meet is unplanned. Maybe you're not realize how much I love you now. But, later you'll know how much my love for you. I hope that you'll not regret it soon. You already wasting my patience, attention, tears, waiting and especially my love. I'm moving on now. Throwing away this feeling. Throwing away you from my life as you did it to me. I'm sorry if you feel it is my fault. I admit it. I hope you'll know how lucky because you have what I can't give simply to the other boys. I also hope that you'll realize that you shouldn't letting me go. May Allah always bring happiness in your life. Fi hifzillah :')

p/s: Maaf. Emosi tak menentu. Habis entry nie jadi berterabur. Macam rojak

What puberty did to me ;)

Wednesday, March 19, 2014

When I...


When I get your text, I smile
When I see you online, I feel want to chat with you
When I see your picture, I feel want to meet you
When I read our old messages, I feel want to be just like before this

But, did you know??
Sometimes, I'm crying when see you online
I'm crying when stalking you
I'm crying when I see your picture
And I'm crying when I read our old messages

Until now, I don't know why
We become like this
Why you did all of this to me
Why you leave me alone
Why you make me feel unintended

Is that all of this because of my fault??
Or you don't need me anymore
Or what we go through all this while is just a fake??
If not, please come back to me
As soon as possible

Please don't make me feel like this
Please don't make me suffering anymore
Please come here to me
Please always be there for me

I'll waiting for your return
To bring happiness in our life
And please give me your own reason of all of this
I hope that we'll together just like before this

*Entry merepek meraban di tengah malam. Harap maklum*








Monday, March 10, 2014

First Attempt



Assalamualaikum dan hi!! Nampak tak pic kat atas tu. Mesti la nampak kan. Besar gedabak tu. Hihi. Nie first time nad buat poster macam tu. Maybe nad agak old fashion or ketinggalan kereta api. But, do I care?? Hehe. Janji puas hati. Dah baca kat atas tu, apa lagi?? Follow la. Ehh.. tak ada sebarang paksaan pon. Kalau nak follow, follow je la. Tak payah nak segan silu. Kalau tak nak follow, tak apa la. It's ok.

Nad sekarang nie dalam final exam mood sampai 20 Mac 2014 nie. Woaa.. Sempat lagi nad curi-curi tulis entry. Bisa saja dong. *bibik sesat la pula* 1 paper down. Only 6 papers left. Lepas final, it's time for holiday.. Cuti-cuti sambil menternak lemak. Aishh... mana boleh. Nak cari kerja la. Cari duit sendiri. Lagi bagus. Btw, doakan  untuk kami warga diploma UniMAPian dipermudahkan urusan dan diberi ketenangan untuk menjawab final exam yang masih berbaki nie. Allahumma yuftah alaina. Rabbi yassir wala tu'assir

Saturday, March 8, 2014

Kau membuatkanku terharu, wahai kawanku :')



Why terharu? See pic kat atas tu. Siapa la yang tak terharu kan. Nad pon ada perasaan juga. Rupa-rupanya dia masih ingat nama nad walaupon dah lama tak berjumpa. Dulu pon tak rapat mana pon. Kawan biasa biasa je. Ye la. Kami pernah jadi classmate untuk 1 tahun je. Kalau tak silap, ketika darjah 4 macam tu la. Huhu.

Ya Allah!! Sungguh tak sangka yang dia masih ingat diri nie lagi. Siap dengan nama lagi tu. Eventhough dia tak ingat nama penuh nad. Ye, Ainul Zulaikha. Aku masih ingatkan kau. Aku susah sangat nak lupakan orang lain eventhough dah berjauhan. Maafkan aku. Sebab kita dah lama tak bertegur-sapa. Lepas aku naik kelas dan berlainan sekolah menengah dengan kau, kite dah tak bertegur dah. Dulu pon kite macam suam-suam kuku. Ye, salah aku. Sebab tak rapat dengan kau. Dulu, kite buat haluan masing-masing. Kau dengan geng kau. Aku dengan geng aku. Terserlah sikap assabiyah di situ. Huhu. Jarak yang menjadikan kite macam nie. Kalau bersua muka pon, pasti akan terasa canggung. 

Tetiba teringat ayat yang berbunyi:

"When the people getting far, it's not mean that they can't be a good friend in a good relation. Even they are getting busy enough, they still can pray to Allah for their friends and a relation become awesome because of that doa. So, may all of you pray for me and stay with me forever after"

Yeah!! Aku akan ingat tentang kamu selalu. In shaa Allah. Titipkanlah dan kenanglah daku dalam doamu, wahai kawanku :')



Rasa Ini - Vierra

Ku tak percaya kau ada di sini
Menemaniku di saat dia pergi
Sungguh bahagia kau ada di sini
Menghapus semua sakit yang ku rasa

Mungkinkah kau merasakan
Semua yang ku pasrahkan

Kenanglah kasih..

Ku suka dirinya, mungkin aku sayang
Namun apakah mungkin, kau menjadi milikku
Kau pernah menjadi, menjadi miliknya
Namun salahkah aku, bila ku pendam rasa ini

Mungkinkah kau merasakan
Semua yang ku pasrahkan
Kenanglah kasih..

Friday, March 7, 2014

Jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu 
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu 
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Jika aku bukan jalanmu 
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu




Final is just around the corner

Assalamualaikum dan hi kepada pembaca blog nie. Ahlan wasahlan dan selamat datang ke blog yang tak seberapa nie. Actually, nie blog nad yang kedua. Bukannya nad tak guna lagi blog yang lagi satu tu. Guna je. Tapi blog nie saje je nad wujudkan. Atas dasar sesuka hati. Hehe. See tajuk entry nie?? Kalau tak nampak, boleh la guna kanta pembesar. Ehh..dia bergurau pula. Hehe. Final exam untuk sem 2 tinggal beberapa hari je lagi. Tapi nad boleh lagi buat blog baru. Haishh...apa nak jadi la dengan budak bertuah nie. Huhu. Tak apa la. Hilangkan stress dulu.

Bila menghadapi sem 2 nie, terasa pelbagai kesukarannya. Ye la. Subjek semakin bertambah dan agak sukar. Coursework pon bertambah. Class agak padat. Tapi, alhamdulillah. Nad dah lalui semua tu. Just tinggal untuk sit for final je. Cuak woo.. Macam orang yang tak pernah ambil final sebelum nie. Sebab subjek agak sukar sikit. Cabaran untuk menimba ilmu la katakan. Ecehh... Semakin nak dekat final, semakin kuat virus homesick. Haiyaa..sabar la. Lagi 2 minggu je nak cuti sem. Lepas tu, stay la bawah ketiak abah mama puas puas. Hihi. Menternak lemak sampai puas. Hee...

Nak minta tolong nie. Tolong doakan agar Allah permudahkan urusan nad untuk menjawab final nanti. In shaa Allah. Rasa takut tu memang ada. Tapi terkawal la lagi. Harap hati nad tenang nanti. Amin. Sem nie nad ambil 7 subjek. Lebih 1 subjek je dari sem lepas. Nad ambil Math 2, Electronic Devices, Digital System 1, Electrical Technology, Fundamental of Computer Programming, Communication Skills dan English 2. Subjek yang nad rasa paling tough sekali of course la programming. Boleh pecah kepala otak tengok code segala bagai tu. Tak apa. Man jadda wajada. Siapa yang berusaha, dia akan berjaya. Ikat tali kat kepala. Fighting!! Bak kata someone tu la. Hihi ;P