Sunday, May 11, 2014

Kerinduan :')

Assalamualaikum. Sesi luahan hati kejap. Tak tahan la agaknya. Huwaa. Rindu dengan mereka. Rindu ahli kkf 62 dan 53. Rindu nak memekak ramai ramai. Rindu nak menyakat dan membahan berjemaah *part nie favourite nad*. Rindu nak psycho si minah penggeli aina henna tu. Wakaka. Rindu nak dengar mereka cakap "Nad, tolong tu. Tolong nie. Bla bla bla...". Rindu nak keluar makan berjemaah. Rindu nak dengar mereka pujuk "Nad, tolong habiskan. Mak kau kan kata tak baik membazir nie". Nad la yang jadi mangsanya. Dah macam alam flora. Mereka makin kurus. Tapi nad makin chubby pula. Tak aci, weyy. Rindu nak tengok movie berjemaah ala-ala panggung wayang. Rindu nak study berjemaah sampai tak hairan bila rumah tu macam kapal titanic yang nak karam. Muahaha. Rindu nak dengar mereka panggil "Nad donat" dan "Nad tab". Rindu nak dengar mereka membebel dan kata "Tak habis habis dengan 'ecehh poyo je' kau tu". Hahaha. That's my tagline, ok. Hee

Tak terlupa juga, rindu dengan classmate. Rindu nak pergi class sama-sama. Rindu nak datang class lambat sama-sama *Jangan tiru perangai tak senonoh nie*. Hehe. Rindu nak study kat library sama-sama. Rindu nak buat assignment sama-sama. Rindu nak masuk dewan final sama-sama *Nie tipu, ok. Dewan final tiada dalam list*. Rindu nak dengar classmate lelaki mengejek dan panggil nad "Pepero" dan "penpensel". Boleh masuk carta nie. Dah 2 sem still mengejek nad je. Of course la malu tapi tebalkan muka je la. Mula-mula tu, marah la juga. Lama kelamaan dah biasa dan lali sangat. Korang bukannya nak dengar kata. Dah marah dalam pelbagai cara, tapi still buat juga. Haihh. Lagi best ada mamat nie pernah cakap "Aku ejek kau sebab aku tahu yang kau tak kisah". Nad kisah tapi nak buat macam mana, degil sangat. Suka hati korang la. Asalkan koran bahagia. Wahaha. Nasib baik perkara macam nie pernah terjadi waktu zaman persekolahan dulu. So, dah biasa sangat. Kalau sehari korang tak menyakat nad, terasa kosong la pula hidup nie. Hihi. Sunyi sikit. Tak ada suara sumbang. Tak ada halwa telinga. Hahaha

Tak sabar sangat nak jumpa korang bila buka sem nanti. Tak sabar nak bercerita dengan korang macam mak jemah. Haha. Tak sabar nak jalani kehidupan dengan korang lagi. Kehidupan yang penuh warna-warni macam pelangi. Nad akui la tanpa korang semua, nad takkan rasa bahagia stay kat bumi Perlis. Frankly speaking, you guys already bring happiness in my life at there. Thanks so much. Really appreciate it.

Short vacation at Langkawi

Selfie time

Steamboat dinner

Jalan -jalan sekitar Perlis

Classmates. Sebahagian je nie

Lab programming time

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Thanks for reading. Please drop your comment here. Harsh and dirty words are strictly prohibited.