Friday, May 16, 2014

16 Mei

Assalamualaikum. Nad in the house yoo.. Hikhik. Hari nie 16 Mei. Tahu tak hari nie hari apa? Apa?? Tak tahu? Tak ingat? Ok, meh sini nad nak beritahu. Hari nie sebenarnya hari guru. "Alaa.. Hari guru je pon. Bukannya penting sangat". Ehh.. Wait!! Pernah belajar kan? Kalau belajar, siapa yang ajar? Guru kan? So, hari guru nie penting la juga walaupon tak dicatat dalam kalendar.

Lagipon tanpa guru, kita takkan boleh dapat ilmu seperti sekarang nie. Memang la ilmu boleh dicari dimana-mana sahaja. Tapi, salah satunya daripada guru. Panggilan 'cikgu', 'teacher', 'ustaz', 'ustazah', 'madam', 'sir', 'muallim', 'muallimah' dan lain-lain lagi memang sinonim dengan guru. Tanpa mereka, kita mungkin tak dapat mengenal abc, 123, alif ba ta, membaca, menulis, mengira dan sebagainya.

Setiap orang mesti ada kenangan yang tak boleh dilupakan pada zaman persekolahan. Well, same goes to me. Walaupon nad dah tinggalkan zaman persekolahan hampir 2 tahun, tapi kenangan zaman tu masih segar dalam kotak ingatan lagi. Lagipon dalam banyak zaman, bagi nad zaman persekolahan yang paling best. Zaman yang penuh dengan warna-warni, suka duka dan jatuh bangun. Nad nak story la sikit kenangan zaman persekolahan nad dulu. Maybe tak seunik kenangan korang. Tapi, tak apa la. Waktu zaman persekolahan dulu, nad nie agak nakal la juga. Sebab ada geng yang gila-gila sikit. Hihi. Senakal-nakal kitorang, tak pernah lagi kantoi sampai kena masuk dalam bilik disiplin. Ada hikmah kenapa tak pernah masuk bilik disiplin tu. Hee...

Dari form 1 sampai form 5, nad belajar kat SAMER. Bumi yang penuh dengan tarbiyah. Tapi, nad macam manusia biasa juga. Tak lari daripada melakukan kekhilafan. Nad pernah kena cubit dengan pengetua sebab tidur dalam kelas waktu subjek science. Waktu tu tak minat science sangat. Last last masuk kelas sains juga. Nad dulu pelajar luar atau outsider memandangkan rumah nad dekat dari sekolah. Dekat sangat sampai boleh nampak sekolah atas bukit tu dari rumah. Tak perlu tinggal kat hostel. Kalau outsider, mesti terkenal dengan gejala ponteng nie. Nad akui yang nad pernah ponteng. Nad pernah lari (fly) dan ponteng aktiviti koko. Malas nak pergi koko punya pasal. Pernah lalu depan ustazah lagi tu masa nak larikan diri melalui pintu belakang sekolah. Hehe.

Nad pernah juga ponteng kelas. Lari dari masuk kelas. Sengaja dengan selambanya masuk lambat. Pernah naik ke blok lambat melebihi waktu rehat. Tu biasa la. Nasib baik tak pernah kena tahan dengan pengawas memandangkan pengawas tu junior nad. Aura senior yang kuat kot. Hahaha. Pernah juga turun rehat awal. Gara-gara lapar sangat. Selamba je beli makanan kat kantin. Bila ustaz/ustazah tak ada dalam kelas, kadang-kadang tu pergi keluar merayap tawaf satu sekolah atau pergi melepak kat mana-mana je. Kadang-kadang tu keluar kelas tanpa pakai pas. Nasib baik tak terjumpa ustaz Rizal merangkap guru disiplin. Nad pernah juga ponteng solat berjemaah dan tazkirah semasa solat jemaah. Solat berjemaah tu wajib dilakukan sebelum balik ke rumah atau hostel selepas tamat waktu persekolahan. Betapa jahilnya nad masa tu. Pihak sekolah nak beri tarbiyah, tapi nad boleh tak nak ikut pula. Allahu.... :'(

Nad pernah la kena denda bagai waktu zaman persekolahan dulu. Nad pernah kena denda ketuk ketampi 100 kali dari ustazah Rafidah berjemaah dengan classmates sebab tak siapkan homework. Esoknya jalan macam nenek kebayan. Sakit woo.. Asyik mengaduh kesakitan je. Tegang urat dan otot dibuatnya.Pernah kena conteng muka dengan ustaz Azri sebab tak siapkan nota Sejarah. Dah macam buku mewarna je. Macam badut sarkas pon ada. Haha. Pernah kena denda pembetulan 100 kali untuk satu soalan tu je sebab nad salah kat soalan yang tak logik salah. Pernah kena denda 40 kali pembetulan untuk soalan Physics. Tu pon teacher nak kitorang boleh ingat jawapan tu. Lepas dah siap pembetulan tu, habis lembik dan melecet jari nad nie. Ye la, tulisan nad kan bulat bulat dan besar gedabak. Hihi. Sampaikan teacher Nani pernah kata "Tulisan awak nie macam komputer je. Bila print, tak payah pakai kanta pembesar". Hikhik. Bawak dan seludup masuk benda haram kat sekolah tu dah menjadi lumrah. Well, outsider la katakan.

Bila teringat balik kenangan semua nie, tetiba terasa rindu pula nak belajar balik kat sekolah. Nak pakai uniform sekolah yang dulunya nad benci tu. Nak dengar suara ustaz ustazah. Nak dengar ucapan tenaga pengajar masa perhimpunan. Rindu suasana dan riuh-rendah dalam kelas. Memandangkan nad suka memekak dalam kelas dulu. Mentang-mentang la suara tu kuat. Cakap sikit je, boleh pekak orang lain. Hahaha. Dan of course la rindu nak menatap wajah-wajah warga SAMER yang tercinta. Ecehh...

Ok la. Cukup setakat sini je. Dah penat menaip dan membebel nie. Memandangkan hari nie hari guru, nad nak ucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua warga Tadika Al-Irdiah, SK Seri Murni, Kafa Intergrasi Ummul Qura, SK Rawang, Kafa Intergrasi Al-Hidayah, SAM Rawang dan juga UniMAP. *Ehh.. lecturer pon guru juga kan*. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup kalian semua. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua tu. Nad akan kenang kalian semua dalam doa nad. Jasamu akan dikenang sepanjang hayat. In shaa Allah. Syukran jazilan. Jazakumullahu khair. Fi hifzillah.

Hanafian 2011/2012

Sambutan Maulidur Rasul yang terakhir di SAMER

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Thanks for reading. Please drop your comment here. Harsh and dirty words are strictly prohibited.