Friday, May 23, 2014

Kuasa Doa

Assalamualaikum. Holla, guys. Entah kenapa la sejak akhir-akhir nie semangat untuk menaip semakin membuak-buak. Semakin ditahan, lain pula yang jadinya. So, just go on with that intention. Karang tak memasal tak boleh menaip pula nanti. Hilang habis idea tu. Di mana kan ku cari ganti serupa denganmu... *Opss... ternyanyi la pula. Maaf*. Hehe.

Masuk sem 3 nanti dah tak boleh nak menaip selalu. Mana taknya busy memanjang. Sampai tak menang tangan manage masa. Assignment berlambak dengan kuiz, tutorial, lab dan testnya lagi. Ermm. Apa yang nad nak cerita kali nie?? Cer teka. Cer teka. Siapa dapat teka, sila angkat tangan macam saya *tiru gaya tangan usop wilcha*. Lol. Haha

Pernah tak korang rasa yang korang hanya dapat mampu lakukan sesuatu tu ala kadar je tapi tak seperti yang dijangkakan. Means hasilnya lebih baik dari yang disangka. Mesti pernah kan?? Nad pun selalu rasa macam tu. Selalu rasa yang nad buat sesuatu cincai je, tapi hasilnya gempak la juga. Mesti rasa terkejut kan. Well. Siapa je yang tak terkejut kan *tanjat boboy*.

Contohnya, time exam kita rasa kita tak dapat lakukan yang terbaik tapi hasilnya agak mengagumkan. Ditambah pula dengan keadaan kita waktu sit for that exam. Dengan rasa tertekan dan nervousnya. Dengan rasa tak berapa sihat semacam. But, Alhamdulillah nasib kita baik masa tu. Nad selalu alami situasi macam tu. Pernah la juga masa exam English, tetiba tak ada idea nak buat essay. Penat la juga memerah otak nie. Tapi kosong je. Macam memori dalam otak nie kena format je. Huhu.
Otak tu dah jadi apa dah. Berusaha juga merangka ayat sambil translate ayat tu. Fikir banyak kali sebelum menulis. Maklum la, kena pertimbangkan idea tu relevan dengan soalan ke tak. Tetiba otak kena buat kerja 2 in 1. Cari idea sambil ambil alih tugas google translate. Memang tak berpeluh la masa tu. Hanya Allah je tahu betapa gelabah dan 'clumsy'nya nad masa tu. Masa dah la tinggal tak banyak lagi.
Then, dengan keizinan Allah tetiba je nad dah boleh menulis. Macam tak ada masalah pula tu. Idea datang mencurah-curah macam air terjun. Dari satu huruf ke huruf lain. Dari satu perkataan ke perkataan lain. Dari satu baris ke baris lain dan menjadi beberapa buah perenggan. Smooth je bila menulis. Padahal tangan tu dah berpeluh. Bila dah habis menulis dan tengok balik essay tu dan "Wow!! Betul ke aku yang tulis semua nie?". Tolak tepi kesalahan grammar dan isi essay. Dah masa tinggal sikit je lagi. Janji sempat siap walaupun tak seberapa. Alhamdulillah.

Bila tengok result, Alhamdulillah tak seperti yang dijangkakan. Agak memuaskan walaupun bukan la yang terbaik dan cemerlang. But it's ok for me. Bila Allah inginkan sesuatu tu berlaku, hanya perlu berkata "Kun fayakun". Tiada siapa yang boleh menghalang. Maybe tu berkat doa. Doa ibu bapa, keluarga, sahabat dan tenaga pengajar. Kekadang nad hairan sebab ada orang lebih terkejar-kejar nak mulakan menjawab masa exam sehingga terlupa untuk berdoa. Biar la kita terlewat menjawab, yang penting berdoa la terlebih dahulu. Mohon agar Allah permudahkan urusan kita.

Mana tahu masa menjawab tu, kita mengalami kesukaran untuk menjawab. Sebab teacher nad pernah cerita yang dia pernah sit for exam tanpa preparation yang cukup tapi sebelum menjawab setiap soalan even soalan anak anak tu, dia akan baca Bismillah sebelum menulis. Dan hasilnya agak memuaskan la. Tu yang nad amalkan sekarang. Tiada siapa boleh menidakkan kuasa sebuah doa. Lagi lagi doa ibu lebih makbul berbanding yang lain. Doa kan senjata orang mukmin. Doa secara rahsia itu lebih manis. Yang penting, kita hanya mampu berusaha yang selebihnya kita tawakkal kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Thanks for reading. Please drop your comment here. Harsh and dirty words are strictly prohibited.