Friday, March 7, 2014

Final is just around the corner

Assalamualaikum dan hi kepada pembaca blog nie. Ahlan wasahlan dan selamat datang ke blog yang tak seberapa nie. Actually, nie blog nad yang kedua. Bukannya nad tak guna lagi blog yang lagi satu tu. Guna je. Tapi blog nie saje je nad wujudkan. Atas dasar sesuka hati. Hehe. See tajuk entry nie?? Kalau tak nampak, boleh la guna kanta pembesar. Ehh..dia bergurau pula. Hehe. Final exam untuk sem 2 tinggal beberapa hari je lagi. Tapi nad boleh lagi buat blog baru. Haishh...apa nak jadi la dengan budak bertuah nie. Huhu. Tak apa la. Hilangkan stress dulu.

Bila menghadapi sem 2 nie, terasa pelbagai kesukarannya. Ye la. Subjek semakin bertambah dan agak sukar. Coursework pon bertambah. Class agak padat. Tapi, alhamdulillah. Nad dah lalui semua tu. Just tinggal untuk sit for final je. Cuak woo.. Macam orang yang tak pernah ambil final sebelum nie. Sebab subjek agak sukar sikit. Cabaran untuk menimba ilmu la katakan. Ecehh... Semakin nak dekat final, semakin kuat virus homesick. Haiyaa..sabar la. Lagi 2 minggu je nak cuti sem. Lepas tu, stay la bawah ketiak abah mama puas puas. Hihi. Menternak lemak sampai puas. Hee...

Nak minta tolong nie. Tolong doakan agar Allah permudahkan urusan nad untuk menjawab final nanti. In shaa Allah. Rasa takut tu memang ada. Tapi terkawal la lagi. Harap hati nad tenang nanti. Amin. Sem nie nad ambil 7 subjek. Lebih 1 subjek je dari sem lepas. Nad ambil Math 2, Electronic Devices, Digital System 1, Electrical Technology, Fundamental of Computer Programming, Communication Skills dan English 2. Subjek yang nad rasa paling tough sekali of course la programming. Boleh pecah kepala otak tengok code segala bagai tu. Tak apa. Man jadda wajada. Siapa yang berusaha, dia akan berjaya. Ikat tali kat kepala. Fighting!! Bak kata someone tu la. Hihi ;P

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Thanks for reading. Please drop your comment here. Harsh and dirty words are strictly prohibited.