Sunday, April 26, 2015

Wishlist




Assalamualaikum w.b.t.

Holla, babes. Dah lama tak membebel kat sini. Kesian kat blog ni. Terabai. Ye la. Busy manage main blog. Memang tak dan la nak update kat sini. Nad pun tak tahu kenapa boleh wujudnya blog ni. Sebagai back up, mungkin. Ambil langkah berjaga-jaga. Haha. Kali ni nak share pasal wishlist nad. Nak teruskan baca, tak apa. Tak nak pun boleh. Terserah korang la. Nad tak paksa. Lately ni kerja nad asyik berangan je. Maybe sebab bosan mereput kat rumah kot. Kahkah.



Melawat ladang tulip

Gara- gara terpengaruh dengan novel aA + bB, automatik teringin dan simpan hasrat nak ke Holland. Bunga tulip ni memang popular kat Belanda especially kawasan Leiden. Nak pergi ladang tulip. Nak snap gambar banyak banyak *budak ni hantu snap gambar* Dah la bunga tulip ni bunga favourite nad. Bunga ros dah terlalu cliche. Maap. Sayangnya, nad tak pernah lagi pegang bunga ni. Susah nak jumpa. Tak ada orang lagi yang bagi nad bunga ni. Kat Malaysia ni ada je ladang tulip. Kalau tak salah kat Bukit Larut. Tapi, biasa la. Mesti la nak merasa yang kat Holland sebab overseas tu. Bukan senang wehh nak pergi sana. Berangan je la yang mampu.



Skydiving

Teringin nak buat aktiviti ni lepas tengok gambar kat twitter. Adventure kot walaupun berisiko sikit. Tak apa. Kepuasan tu mesti akan ada kalau dapat buat. Boleh la berangan boleh terbang macam Peter Pan tu *terpengaruh juga*. Kalau boleh, nak buat berjemaah. Baru la best. Boleh menjerit ramai-ramai. Dah cakap kat abah tapi nasib baik abah faham perangai anak dia yang seorang ni. Iron lady ni. Boyish sikit. Kahkah.




Hot air balloon

Dalam cerita Manisnya Cinta di Capadoccia *hentam je la ejaan tu*, Shaheizy Sam ada bawa Fazura naik hot air balloon. Sweet kot. Nad dah lama teringin nak naik hot air balloon ni. Tiap tahun selalunya ada pesta hot air balloon kat Putrajaya. Tak pernah pergi pun sebab jauh dari rumah. Sedih gila. Tapi tak apa. Maybe 1 hari nanti dapat naik balloon tu. Kalau dapat naik, rasa macam nak buat candle light dinner kat atas tu. Tidur dalam tu pun tak apa. Baru la rare sikit. Hihi.




Hiking

Aktiviti ni dah lama nak buat. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Dulu unit-uniform pernah plan nak pergi hiking kat Bukit Broga. Tup tup tak jadi. Habis hancur punah harapanku. Sedih tak terkata. Sampai sekarang tak pernah pergi hiking lagi walaupun kat bukit. Nak join club tapi still student lagi. Kat uni tak ada hiking club pula dah. Haihh. Pernah share dengan abah tapi abah gelak pula. Ye la. Anak dia ni stamina dah la entah ke mana. Pergi jogging pun jarang sangat. Asyik duk menternak lemak je.




Menunaikan haji

Dalam banyak banyak wishlist, yang ni la yang paling teringin dan rasanya wajib ditunaikan. In shaa Allah. Kata orang bila dah pergi sana, perasaan akan lain macam bila balik ke tanah air. Rasa rindu dengan suasana di sana. Rindu dengan ketenangan dan kedamaian di sana. Kat sana kita takkan terfikir pasal hal duniawi. Kita berlumba-lumba beribadah dan mengejar pahala serta keredhaan Allah. Kita akan rasa betapa hina dan kerdilnya kita di sisi Allah. Ma shaa Allah. Rasa bersyukur pasti akan terbit dalam hati jika dapat peluang menjejakkan kaki ke sana. In shaa Allah. Nak pergi ke sana dengan parent dan family suatu hari nanti. Allahu.